1.1.11
tahun lama
tahun lama dulu.
kau janjikan terbang ke langit.
kau impikan pecutan laju.
kau idamkan suasana pelangi.
kau angankan semuanya tiada cela.
dan kau bilang mahu tumpaskan naga tasik chini.
tapi cicak mengkarung juga yang kau geli.
kata-kata yang sering dikhianati.
santun yang selalu dibohongi.
dan kini tiba lagi.
buku tahun lama dihabiskan dengan TAMMAT.
buku baru dimulakan dengan MEMPERSEMBAHKAN.
tapi kau tidak tahu apa seterusnya selepas itu.
cerita lama belum disudahkan.
janji dahulu masih rapi.
soalan kelmarin masih berakhir dengan tanda soal.
cukup.
mengapa bersedih di tahun baru.
hilang cahaya dalam murungmu.
biarkan wangi bumi terus masuk jendela.
biarkan cahaya cinta menyinar bersama.
jangan mulakan buku baru.
kutip kembali buku yang lama.
padamkan perkataan TAMMAT.
teruskan cita-cita.
fahim gonzales
http://fahimalin.blogspot.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
gonzales? kamu ini yaa pemain import dari uruguay tu?
hi bro..
salam tahun baru ye
indahnyer bahase
Post a Comment