ada satu ketika..
kau duduk termanggu memetik gitar tanpa melodi..
setidaknya kau pun baring menatap skrin telefon bimbit..
sampai satu ketika..
tertidur sudah kau sambil meniarap kaki bersilang..
kau terjaga pun hanya kerana dada kau sakit menahan lantai sejuk..
habis satu ketika..
kau tersenyum sambil melakukan sesuatu yang kau suka..
tapi hakikatnya pikiran kau menerawang lantas kau cedera..
dan ketika itu..
baru kau sedar apa kau alami selama ini..
rupa-rupanya kau sedang melakonkan sebuah watak sampingan..
ketika kau di dunia kau sendiri..
kau tidak sedar kau hanya cendawan..
cukup waktu dilanda badai awan sarat..
selama ketika itu..
kau cuba merubah menjadi pokok yang utuh..
walhal.. kau masih lagi spora yang berterbangan..
cukup ketika..
lakonan kau menjadi..
bravo astalavista buat kau sampai mati..
watak kau ketika dipujai aku..
juga digilai dia.. mungkin mereka..
padahal itu cuma sebuah watak tunggal yang menjelikkan..
kini ketika lakonan sudah tamat..
watak kau dibiarkan reput mampus..
dua tin special dry ginger ale menjadi bius..
ketika aku hirup sedikit menahan kepedasan..
tempias air laut.. masin-masin udara menampar pipi mendayu-dayu..
senyum teringat madu yang lalu..
No comments:
Post a Comment