busuk hodoh tidak bodoh..
seguni tin-tin aluminium..
kertas-kertas disusun rapi..
sebuah mercedes laju menderas mabuk..
terjatuh pengemis itu disamping basikal usang..
seorang anak merengek..
aiskrim nya cair di jalanan..
pengemis itu memujuk anak itu..
datang seorang wanita menolak pengemis itu..
membawa anaknya pergi..
pengemis itu meminta maaf..
salam tiada.. salah pun tiada..
pengemis itu melihat hasil kutipan tin dan kertasnya hari ini..
beberapa keping syiling perak sahaja yang tinggal..
beliau tersenyum melihat anak tadi melambai kearahnya..
kelihatan sebatang ais krim baru ditangannya..
ahh tak mengapalah.. detik hatinya..
sedekah itu amal makruf..
apa yang kau ada? tiada apa..
tetapi tiada siapa diantara mereka yang mempunyai hati sesuci kau wahai pengemis..
biarlah tuhan sahaja yang tahu..
4 comments:
macam a.samad said daa
kembang bontot a samad said.. kah3
tacing baca nie~
sbb blog ku blog pengemis...
sobsss...sambil lap air mata~
[url=http://cialisonlinehere.com/#xwmwi]cheap cialis[/url] - cialis online , http://cialisonlinehere.com/#qlihs buy generic cialis
Post a Comment