17.12.11

pelakon sementara

manusia adalah jasad yang suka berlakon
satu, bukan
dua, bukan
tiga, bukan
tujuh billion watak dipegang
ya tujuh billion.

ada protagonis
antagonis
watak pembantu
watak sampingan
yang jadi tiang tembok tidak ketinggalan

taksub menghayati watak
yang keji terus keji
yang tinggi terus mengabdi

hingga tiba satu ketika
ketika setiap watak dimatikannya
tiap watak menjadi bangang
menjadi tidak tentu hala
tiada tujuan, tiada panduan
tiada tahu apa seterusnya
tidak mengerti apa peranannya

ketika ada watak yang kelihatan sentosa
ada pula bak dibadai bencana
memanti apakah hasilnya
hasil watak yang dipersembahkan sebelum ini
mungkin trofi berupa syurga
atau cacian masyarakat berupa neraka.

28.8.11

1045

1045 hari.
begitu lama kau bertahan hei pelangi.
begitu lama kau mengabdi diri.
limpahan warna warni.
mencorak hidup sunyi.

kini kau pergi.
warna yang kau beri,
pudar, sepi.

1045.
siapa kata angka itu infiniti?
kalau benar ia takkan mati,,,
kenapa ia berhenti?

p/s: belum gagah.

6.8.11

permata yang hilang

tidak jauh permata itu tercampak.
di celahan kaca tajam menikam terletak ia.
jelas kelihatan namun semakin redup.
sinar kian tenggelam dijamah pantulan cahaya yang lainnya.

diambil luka.
dibiar sengsara.

aku pilih sengsara.


p/s: makin lama gua kehilangan makin ramai orang.
p/s: awak, gang study pro, budak m05, m08

14.7.11

You learnt



Bobocsm:


remember the times
we slept outside on the ground
remember the times
we woke up underneathe our cardboard box
remember the times
we waited for lunch in a cup
these are the years
that i would rather spend
because you were around

hold on...

the last thing i have is you
you're the better half of me
it's great to be carefree

but..

so many things left to be said
a thousand promises to be kept
you took your steps as
you learnt how to let go...

24.6.11

lawankan


Bangun subuh dengan gemilang

Setan merasuk di kala petang


Berpagi menjadi seorang mukmin

Bermalamnya, menjadi kufur.


Terkadang ingin membuat bakti sentosa

Pada waktu yang lainnya mengamalkan dosa.


Putih sutera ketika bercinta,

Hitam bangkai mewarna sengketa.


sebuah cerita buat zine satu malam, split personality


Shawn Razaleigh

‘Lawankan’

5.6.11

super hero, siapa gua?

Raksasa menggila
Pasukan gua menembak dari tinggi jet laju.
Gua dan jet gua eksiden secara sengaja.
Diacukan ke udara senjata rahsia.
Gua membesar.
Bergaduh, tumbang bangunan semua.
Gua hampir kalah.
“Totetotetotet”, bunyi dada gua.
Ya, betul, masa untuk melaser.
Zasss. Berkecai musnah binasa.
Sha~ Terbang dengan bangga.
Semua aktiviti diulang lagi bagai dejavu.
Plot yang sama. Raksasa masih seburuk biasa.
Cuma episod berbeza
Teka. Siapa gua?



superhero untuk "zine satu malam"


fahim gonzales

23.5.11

dongengkannya.


jangan nak cerita lu gagah,
kalau berkilo protein lu mamah.

lu berdiri pada lagak,
tapi hanya pandai menyalak.

usah tunjuk jebat,
kalau abang long yang bikin lu kuat.

yang badang itu yang gagah.
muntah jin habis dimamah.

yang jenin itu yang lagak,
menyalak mimpi hanya di puncak.

yang pandir itu yang jebat,
kekal lurus tak kira tempat.

sebuah "dongeng' untuk zine satu malam


faim syah.
p/s: makin ramai pengarang dlm blog ni.
tapi still tak dapat sambutan. master asip, sila buat promotion.

27.4.11

he he he

he he he.. 
aku sudah gila..
jalanku kekok..
terhuyung-hayang..
tidak lurus..
tetapi aku masih berjalan..

he he he..
dia pun gila..
walau jalannya tegak..
pantas dia berjalan anggun..
begitu lurus sekali..
anehnya dia tersungkur..

he he he
apa bezanya aku dan dia?
kami sama-sama gila..
puas aku memikirkan perihal kami..
tidak keruan semalaman..

sesudah subuh menjelma..
barulah aku tahu kenapa..
aku pasti sudah sukar membezakan..
perbezaan antara dia dan aku..
kerana mungkin aku sudah gila..
he he he




















he he he 
aku sudah gila

19.4.11

Mengapa, Palestin?

Kenapa hanya membaling batu?
Kenapa tidak bersenjatakan senapang?
Kenapa tidak menyerah kalah?
Kenapa tidak damai berkongsi tanah?
Kenapa, Palestin?

Kenapa bumi Palestin?
Kenapa ditindas yang tak berdosa?
Kenapa digilakan sangat Masjid Al-Aqsa?
Kenapa tidak tanah lain?
Kenapa, Israel?

Ini soal maruah kami.
Ini soal sejarah kami.
Ini soal agama nenek moyang kami.
Ini soal agama Tuhan kami.
Dan kau pun patut ke mari bersama kami!
Kerana ini agamamu juga!

Ini soal bangsa Yahudi kami.
Ini soal Tuhan dengan kami.
JanjiNya pada kami adalah bangsa terpilih.
Ini soal Raja kami.
Ini soal Solomon Temple kami.
Ini hak pemahaman kami!

Dan soal Islam dan Yahudi adalah selamanya.

18.4.11

Lukisan hati

bercerita tentang awan dan angin....
tak ingat di kala hati saling menyapa...
bagaikan bunga di taman jiwa.
Kini....
Tak kudengarlagi...
Tak ku temukan lagi...
Kian hari... kian sepi....
Terus tutupi maksud hati...
Doa awan selalu ada angin....
Doa angin tak ada awan kan...??
Yaa Allah...
Inikah yang namanya Adiil...
Teriaakk....
Awan mau angin, angin nau awan jadi....
Awanya angin tuk slama-lamanya...
Lantas...
Siapakah yang terluka...?
Dia??
Bukan!!!
Aku??
Yaaa aku ...!!!!
Tak pernah ku pinta yg seperti ini
Laksana lukisan hati yang tak tahu
Kapan jadinya...
Tak tau seperti ap hasilnya...

15.4.11

human manual

mind yourself.. ignorin reality..
bought an exclusive fancy mask.. then be a backstabber heroes..
rich kids bff.. kitten and beggars ulti-enemy..
keep secret by another secret.. then played by another secret..
granting own wish.. damn ya fuck-hearted..
curse the holy word.. hail to evil sentences..
just gave up and get ready to die..
cause life just doesn't make sense to these outkast..

14.4.11

Semak Semak, Batu Batu, 1, 2, 1, 2, 3...

Check check rock rock satu dua tiga.
Salam hamba rendah dihulur,
Untuk menyimpul adat timur.

Karang mungkin tidak ke mana,
Harap disuka jangan dicerca.

Eh, nak cerca pun tak kisah. Kehkehkeh. Hai. Salam semua.
Saya budak baru. Tunjukkan lah buah cempedak kalau ianya di luar pagar ya?

Terima kasih.

13.4.11

cinta pandang pertama #3

lelaki A merasakan kelas matematik begitu bosan..
tampak sesosok guru cina didepan..
khusyuk mengajar erti setiap angka..
tambah tolak darab bahagi..
"ahh.. kenapa masih tak keruan ni?"
lelaki A berbisik dalam hati..

"sekarang buka buku teks kamu muka surat tiga puluh"
lelaki A membuka buku teksnya tidak gelojoh..
tiba-tiba sehelai kertas putih mengelongsor..

"huh? apa ni?"
hampir terjerit kecil..
cepat-cepat dia memaling muka..
terlihat dari depan gurunya menjeling..
anak mata mengecil..

tertera dihadapan kertas kecil yang berlipat itu..
"awak buka apabila sampai dirumah nanti ye.."
tulisan kecil dan comel..
persoalan mula timbul..
latihan yang disebutkan mulai pudar..
kelas dirasakan kosong tiba-tiba..

lelaki A pulang hari itu..
menanti apakah isi kertas berlipat itu..
adakah ia....

*bersambung

12.4.11

BUDI

Terungkap citra seorang wira,
dari huruf menjadi kata,
dari bebal menjadi bijaksana,
dari putih menjadi warna,
melangkah jauh terasa nyata,
Denganmu, segalanya tidak terasa..

Di saat buntu, dikau membantu,
memberi kasih tanpa jemu,
Ibarat lilin yang menerangi malamku,
tak kira masa, tenaga dan waktu,
kau korbankan segalanya, tanpa memikirkan dirimu,

Sesekali melangkah pasti rebah.
Engkau disana..
menuntun, tanpa lelah,
nasihatmu ku ingat menghilangkan gundah,
agar diriku lebih gagah,
daku pasti tak mungkin mengalah,
ilmu dan pengalaman diberi sudah,
setelah berusaha dan berdoa, terserahlah…

Saat terindah menjadi kenangan,
menggamit seribu satu ingatan,
buat ibu.. ayah… dan teman-teman,
daku kini di perantauan,
hanya doa menjadi sandaran,

Duhai bundaku yang dikasihi,
Buat ayahandaku yang kurindui,
Terimalah kasih dan sayang ku ini,
Lantaran budi yang tidak berperi,
Kerana dirimu aku disini,
menjadi insan yang insani.

Terima kasih.. =)

3.4.11

cinta pandang pertama #2

keduanya saling tunduk dan menghadap sesama lantai..
sambil mengutip dan membelek buku yang terjatuh..
jauh fikiran melayang..
jauh menerawang terbang..
tak berkerdip langsung pancainderanya

bammm.. satu lagi buku jatuh..
aduh.. sakit kepala..
"hik-hik"
kedengaran suara halus didepan lelaki A

merah padam
pendam sakit kerna malu..
lalai semacam hari ini..
habis maruah diri.. 
desus hati lelaki A

bingkas bangun kerna tidak tahan..
"err.. awak ni gadis B kan?"
"ye saya.. kenapa muka awak macam pucat? 
awak sakit?"
"eh.. yeke? oh mungkin kurang tido rasanya"
"jomlah.. kelas dah nak mula"

lelaki A hanya mengangguk dan mula membuka loker..
kenapa jantung berdetak kuat sangat?
aku dah nak mati ke?

*bersambung

1.2.11

cinta pandang pertama #1

lelaki A baru pulang ke kelas..
berlalu gadis B dengan beban yang banyak..
lelaki A ingin memulakan langkah..
kata hatinya mahu berkenalan.. 
maklumlah.. lelaki A pelajar baru..

tiba-tiba langkah hatinya terhenti..
lelaki A sebenarnya pemalu..
pemalunya bukan kepalang..

"kau nak pergi tolong ke?" tanya teman lelaki A..
lelaki A sudah seperti mengigau di siang hari.. terperanjat..
"eh, mana ada.. takde apa.." jawabnya..
"takde apa? mata kau macam nak meletup tengok dia"
"eh mana ada.." terus berjalan menuju lokernya..

ye.. lelaki A jatuh hati pada gadis B..
tapi apakan daya dia tidak berani menegur..
sedar tidak sedar..
seseorang menyapa..

"awak.. kenapa awak termenung depan loker?"
lelaki A berpaling.. 
terjatuhlah buku-buku yang dipegangnya tadi..
"eh.. awak.."

*bersambung

27.1.11

apa lah sangat yang kau ada?

busuk hodoh tidak bodoh.. 
seguni tin-tin aluminium..
kertas-kertas disusun rapi.. 
sebuah mercedes laju menderas mabuk.. 
terjatuh pengemis itu disamping basikal usang..

seorang anak merengek..
aiskrim nya cair di jalanan..
pengemis itu memujuk anak itu..
datang seorang wanita menolak pengemis itu..
membawa anaknya pergi..
pengemis itu meminta maaf..
salam tiada.. salah pun tiada..

pengemis itu melihat hasil kutipan tin dan kertasnya hari ini..
beberapa keping syiling perak sahaja yang tinggal..
beliau tersenyum melihat anak tadi melambai kearahnya..
kelihatan sebatang ais krim baru ditangannya..
ahh tak mengapalah.. detik hatinya..
sedekah itu amal makruf..

apa yang kau ada? tiada apa.. 
tetapi tiada siapa diantara mereka yang mempunyai hati sesuci kau wahai pengemis..
biarlah tuhan sahaja yang tahu..

23.1.11

hujan

Tampak gagah sekali melihat hujan di Kota itu,
Tiap jatuhnya menggambar begitu banyak kenangan yang tertinggal di sana..

Dalam dinginnya, ada kehangatan yang tersirat di balik itu semua..
Dalam derasnya, ada senyuman yang muncul dalam kebersamaannya.


Hujan itu, tak kutemui di tempat lain.
Hujan yang selalu mengingatkanku akan keberadaan kita bersama...
Kota dengan sejuta impian, Kota dengan jutaan kenangan..
Kota yang mengajarkan aku untuk dewasa..
Kota yang sepertinya bersahabat erat..
Kota yang pernah terkubur dalam benak hati, meluntur..
Namun bagiku,
Kota itu sangat dekat, dan sangat pantas untuk di kenang.

Ingin sekali aku kembali....
Dan melihat betapa gagahnya hujan Kota itu..

Dan..
Betapa hebat rasanya jika aku kembali bermain di dalamnya,
Berlari, tertawa dan merasakan kembali semua kenangan yang pernah ada.

Ingin sekali aku segera kembali, dan melewatkan waktuku.

Bersama hujan di Kota itu...

p/s: teringat pulak tym2 mndi hujan dulu, sume cam beruk air.. haha

21.1.11

luahan hati yang seni

aku..
seorang manusia..
semakin tinggi ku jejak..
semakin banyak nilaiku..
semakin hebat dan bijaksana ku jadi..

tetapi..
seorang manusia..
selalu alpa..
selalu lupa..
selalu leka..

kerana..
seorang manusia..
hanya suatu yang dicipta..
hanya suatu yang lemah..
hanya suatu objek berdarah..

maka..
seorang manusia..
guna pakai akal..
guna pakai hati..
guna pakai pancaindera..

untuk..
seorang manusia..
kembali kepada-Nya..
kembali gemilang..
kembali tenang..

aku..
masih seorang manusia



p/s: this is tribute to saudara lepat and all mankind.. idea datang selepas menonton video ini.. dunia memang begini begitu.. memang diciptakan untuk menguji..

20.1.11

dry or golden ginger ale?

ada satu ketika.. 
kau duduk termanggu memetik gitar tanpa melodi.. 
setidaknya kau pun baring menatap skrin telefon bimbit..

sampai satu ketika..
tertidur sudah kau sambil meniarap kaki bersilang..
kau terjaga pun hanya kerana dada kau sakit menahan lantai sejuk..

habis satu ketika..
kau tersenyum sambil melakukan sesuatu yang kau suka..
tapi hakikatnya pikiran kau menerawang lantas kau cedera..

dan ketika itu..
baru kau sedar apa kau alami selama ini..
rupa-rupanya kau sedang melakonkan sebuah watak sampingan.. 

ketika kau di dunia kau sendiri..
kau tidak sedar kau hanya cendawan..
cukup waktu dilanda badai awan sarat..

selama ketika itu..
kau cuba merubah menjadi pokok yang utuh..
walhal.. kau masih lagi spora yang berterbangan..

cukup ketika..
lakonan kau menjadi.. 
bravo astalavista buat kau sampai mati..

watak kau ketika dipujai aku.. 
juga digilai dia.. mungkin mereka.. 
padahal itu cuma sebuah watak tunggal yang menjelikkan..

kini ketika lakonan sudah tamat..
watak kau dibiarkan reput mampus..
dua tin special dry ginger ale menjadi bius..

ketika aku hirup sedikit menahan kepedasan..
tempias air laut.. masin-masin udara menampar pipi mendayu-dayu..
senyum teringat madu yang lalu..

1.1.11

tahun lama



tahun lama dulu.
kau janjikan terbang ke langit.
kau impikan pecutan laju.
kau idamkan suasana pelangi.
kau angankan semuanya tiada cela.

dan kau bilang mahu tumpaskan naga tasik chini.
tapi cicak mengkarung juga yang kau geli.
kata-kata yang sering dikhianati.
santun yang selalu dibohongi.

dan kini tiba lagi.
buku tahun lama dihabiskan dengan TAMMAT.
buku baru dimulakan dengan MEMPERSEMBAHKAN.
tapi kau tidak tahu apa seterusnya selepas itu.
cerita lama belum disudahkan.
janji dahulu masih rapi.
soalan kelmarin masih berakhir dengan tanda soal.

cukup.
mengapa bersedih di tahun baru.
hilang cahaya dalam murungmu.
biarkan wangi bumi terus masuk jendela.
biarkan cahaya cinta menyinar bersama.
jangan mulakan buku baru.
kutip kembali buku yang lama.
padamkan perkataan TAMMAT.
teruskan cita-cita.


teruskan. ada yang perlu diletakkan titik!



fahim gonzales
http://fahimalin.blogspot.com