18.3.12

philip si kelip2


Dua minggu lepas,
Bertemu aku dengan si kelip-kelip yang sesat. Kasihan. Tiada arah aku lihat. Dalam bilik yang serba cerah ini, pantulan cahaya dari punggungnya tampak malap, seperti lampu suluh kehabisan sel kering.

Bola mata aku terarah ke botol asam. Aku capai. Dan tuangkan ke lohong mulutku segala isinya. Kunyah semahunya. Berkerut juga dahi ini menahan masam.

Perlahan2 aku gunakan botol itu untuk menangkap si kelip-kelip. Nah, terkurung ia di dalam botol sempit. Aku tutupkemaskan botol tersebut. dan aku tutupkan jua lampu bilik ini buat si kelip-kelip.


Philip! Aku berinamakan beliau sempena nama mentol cap philip. Cantik cahaya yang dilontarkan. Hampir bercahaya juga bilik ini dibuatnya.

Jika ada umur yang panjang, akan ku berikan Philip di hari lahir si kekasih hati. Supaya tidak lagi dia membaca dalam gelap.

Suka sgt membaca novel ketika malam katanya. Dan tidak juga perlu dia memakai sepasang pembantu mata. Bagiku, tidaklah sesuai kaca mata tergantung pada muka halus dia.

Tidak sampai sehari aku pelihara si philip, si philip pergi. Lemas dalam kemasaman botol asam barangkali. Lubang udara yang aku sediakan juga mungkin terlalu kecil buatnya.

Hari ini hari lahir si dia. Si philip pula sudah tiada. Dan si dia pun sudah tiada kena mengena dengan aku. Apa yang aku ada?

tiada.



p/s; pernah aku hidangkan kegelapan buat si philip gembira pada malam itu, tapi dia tetap
pergi jua

shjnaibh
semoga terus terang

7.2.12

semua kata2 sudah dibawa bersama angin sha~ berterbangan dan berselerak

punah
hancur

hilang rindu

memori pelangi

coklat tangis

duri kongsi

ganti

9.1.12

peluru tuju-tuju

Cermat picu yang aku tarik dahulu
Pandu laju peluru itu pergi
Tuju-tuju yang hinggap kemas di hatinya. Tepat.
Terbenam dalam.
Seperti tak mungkin terkahak lagi
Seperti lohong dicurah simen
Seperti luka yang lama-kelamaan kudis membalut
Ya seperti itu.
Lama.sungguh lama pertapaan ini.
Tapi. Entah kenapa kudis itu semakin buruk
Hitam menggerutu
Ditoreh toreh, dikikis, dikopek. Sehingga ia pun berdarah kembali
Peluru terbenam menampakkan bontotnya.
Perlahan lahan terkeluar dari hatinya
Sehingga jatuh bogel ia ke atas tanah
Terbiar.

17.12.11

pelakon sementara

manusia adalah jasad yang suka berlakon
satu, bukan
dua, bukan
tiga, bukan
tujuh billion watak dipegang
ya tujuh billion.

ada protagonis
antagonis
watak pembantu
watak sampingan
yang jadi tiang tembok tidak ketinggalan

taksub menghayati watak
yang keji terus keji
yang tinggi terus mengabdi

hingga tiba satu ketika
ketika setiap watak dimatikannya
tiap watak menjadi bangang
menjadi tidak tentu hala
tiada tujuan, tiada panduan
tiada tahu apa seterusnya
tidak mengerti apa peranannya

ketika ada watak yang kelihatan sentosa
ada pula bak dibadai bencana
memanti apakah hasilnya
hasil watak yang dipersembahkan sebelum ini
mungkin trofi berupa syurga
atau cacian masyarakat berupa neraka.