18.3.12

philip si kelip2


Dua minggu lepas,
Bertemu aku dengan si kelip-kelip yang sesat. Kasihan. Tiada arah aku lihat. Dalam bilik yang serba cerah ini, pantulan cahaya dari punggungnya tampak malap, seperti lampu suluh kehabisan sel kering.

Bola mata aku terarah ke botol asam. Aku capai. Dan tuangkan ke lohong mulutku segala isinya. Kunyah semahunya. Berkerut juga dahi ini menahan masam.

Perlahan2 aku gunakan botol itu untuk menangkap si kelip-kelip. Nah, terkurung ia di dalam botol sempit. Aku tutupkemaskan botol tersebut. dan aku tutupkan jua lampu bilik ini buat si kelip-kelip.


Philip! Aku berinamakan beliau sempena nama mentol cap philip. Cantik cahaya yang dilontarkan. Hampir bercahaya juga bilik ini dibuatnya.

Jika ada umur yang panjang, akan ku berikan Philip di hari lahir si kekasih hati. Supaya tidak lagi dia membaca dalam gelap.

Suka sgt membaca novel ketika malam katanya. Dan tidak juga perlu dia memakai sepasang pembantu mata. Bagiku, tidaklah sesuai kaca mata tergantung pada muka halus dia.

Tidak sampai sehari aku pelihara si philip, si philip pergi. Lemas dalam kemasaman botol asam barangkali. Lubang udara yang aku sediakan juga mungkin terlalu kecil buatnya.

Hari ini hari lahir si dia. Si philip pula sudah tiada. Dan si dia pun sudah tiada kena mengena dengan aku. Apa yang aku ada?

tiada.



p/s; pernah aku hidangkan kegelapan buat si philip gembira pada malam itu, tapi dia tetap
pergi jua

shjnaibh
semoga terus terang

3 comments:

Unknown said...

mana pergi kah kelip2?

Shawn Razaleigh said...

malap selamanya.

Biotech Zone said...

apakah simboliknya? ahaha