24.6.11

lawankan


Bangun subuh dengan gemilang

Setan merasuk di kala petang


Berpagi menjadi seorang mukmin

Bermalamnya, menjadi kufur.


Terkadang ingin membuat bakti sentosa

Pada waktu yang lainnya mengamalkan dosa.


Putih sutera ketika bercinta,

Hitam bangkai mewarna sengketa.


sebuah cerita buat zine satu malam, split personality


Shawn Razaleigh

‘Lawankan’

5.6.11

super hero, siapa gua?

Raksasa menggila
Pasukan gua menembak dari tinggi jet laju.
Gua dan jet gua eksiden secara sengaja.
Diacukan ke udara senjata rahsia.
Gua membesar.
Bergaduh, tumbang bangunan semua.
Gua hampir kalah.
“Totetotetotet”, bunyi dada gua.
Ya, betul, masa untuk melaser.
Zasss. Berkecai musnah binasa.
Sha~ Terbang dengan bangga.
Semua aktiviti diulang lagi bagai dejavu.
Plot yang sama. Raksasa masih seburuk biasa.
Cuma episod berbeza
Teka. Siapa gua?



superhero untuk "zine satu malam"


fahim gonzales